Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Mesin Masa

andai aku mampu
bermain dengan waktu..
aku ingin pulang
ke satu detik dulu..

andai aku mampu
bermain dengan waktu..
aku ingin pulang
menatap raut indahmu..

tapi malangnya
tiada mesin masa..
aku harus terima
dan aku redha..
aku manusia
dia juga manusia..

yang hilang biarkan hilang..
yang pergi biarkan pergi..
andai jatuh bangun sendiri..
terus hidup sampai...mati..

tapi malangnya
tiada mesin masa..
aku harus terima
dan aku redha..
aku manusia
dia juga manusia..

kalau jatuh bangun sendiri..
terus hidup sampai...mati..

syatbi|03.03.10|2.00 pm

Tuesday, January 19, 2010

oh tidak kau buat lagi

semalam hari cerah
sungguh indah
hari ini hujan lebat mencurah
kelam campur suram
semalam aku berdiri
boleh berlari
hari ini aku rebah
lutut menyentuh tanah

hati kau rapuh
oh tidak kau buat lagi

semalam pelakon utama
hari ini extra pun tiada
semalam hati berbunga
hari ini hati berbatu bata

hati kau rapuh
oh tidak
kau buat lagi

aku bermonolog musykil
semalam dengan hari ini
macam langit dengan bumi
barangkali
aku hanya org biasa
tapi
mustahil dia luarbiasa

hati kau rapuh
oh tidak
kau buat lagi

buang semua..
biar semalam pergi..
andai aku mahu berdiri..
andai aku mahu berlari..

Tuesday, December 22, 2009

Lengkap

ada satu makhluk tuhan,
punya akal punya fikiran,
punya hati punya perasaan,
punya emosi punya pertimbangan.
makhluk itu namanya insan,
menjinjing akal yang satu,
memikul nafsu yang sembilan,
yang arabnya an-nisa,
yang melayunya perempuan.

cerita tentang satu perempuan,
bahasa lidahnya penuh sopan,
bahasa tubuhnya cukup mengasyikkan,
cukup asam cukup garam,
ramuan insan bernama perempuan.

rencana lima hari berterusan,
menunggu pagi menjadi petang,
menunggu bulan menunggu malam,
oh!aku girang melihat bulan.
sang perempuan lalu pulang,
tamat sudah tempoh kewajipan,
menatap penuh rindu,
melihat penuh sayu,
rautnya letih tubuhnya lesu.
oh kasihan.

wajah yang tak pernah menjemukan,
tidak sekali menghampakan,
dalam penat mengukir senyuman,
diukir penuh manis,
madu dan gula bukan tandingan,
semut hitam?
jeling saja tentu pengsan.

perempuan itu bukanlah sempurna,
tapi ubat bila duka,
penyejuk hati,
penyejuk mata,
bawa selesa,
bawa gembira,
cukup melengkapkan,
perempuan yang melengkapkan..
terima kasih.. wahai perempuan..

Lengkap; SyatBie (6.40 p.m. 25Jun2009)