Tuesday, March 2, 2010

Mesin Masa

andai aku mampu
bermain dengan waktu..
aku ingin pulang
ke satu detik dulu..

andai aku mampu
bermain dengan waktu..
aku ingin pulang
menatap raut indahmu..

tapi malangnya
tiada mesin masa..
aku harus terima
dan aku redha..
aku manusia
dia juga manusia..

yang hilang biarkan hilang..
yang pergi biarkan pergi..
andai jatuh bangun sendiri..
terus hidup sampai...mati..

tapi malangnya
tiada mesin masa..
aku harus terima
dan aku redha..
aku manusia
dia juga manusia..

kalau jatuh bangun sendiri..
terus hidup sampai...mati..

syatbi|03.03.10|2.00 pm

Tuesday, January 19, 2010

oh tidak kau buat lagi

semalam hari cerah
sungguh indah
hari ini hujan lebat mencurah
kelam campur suram
semalam aku berdiri
boleh berlari
hari ini aku rebah
lutut menyentuh tanah

hati kau rapuh
oh tidak kau buat lagi

semalam pelakon utama
hari ini extra pun tiada
semalam hati berbunga
hari ini hati berbatu bata

hati kau rapuh
oh tidak
kau buat lagi

aku bermonolog musykil
semalam dengan hari ini
macam langit dengan bumi
barangkali
aku hanya org biasa
tapi
mustahil dia luarbiasa

hati kau rapuh
oh tidak
kau buat lagi

buang semua..
biar semalam pergi..
andai aku mahu berdiri..
andai aku mahu berlari..

Monday, December 28, 2009

reunion smkderma [ photo ]









** gambar2 di ambil oleh hafizudin dahalan a.k.a DIN..

Reunion SmkDerma, kangar, perlis (99-03)




date: 25th dec 2009
time: 8.00 pm
venue: Putra Palace, Kangar, Perlis

Assalamualaikum..
Pada hari natal tempoh hari bersamaan 25 disember 2009, satu reunion untuk ex-students SmkDErma 99-03 telah berjaya di langsungkan di hotel putra palace, kangar, perlis.dengan bertemakan "smart-casual" majlis tu telah dijayakan dengan kehadiran ex-students yg tidak kurang ramainya..hehe..walaupun tak ramai, tapi best..tetap happenning!..

ckp pasal menu:

Menu malam tu kira ok la..sedap..banyak lauk..ayam, daging, tomyam seafood, sotong, yg paling special mesti la ikan pekasam...huhu..pastu ada desserts..buah-buahan dan air kelapa laut (cam ubat batuk je..haha)..minuman malam tu oren..overall, menu malam tu dalam kategori sedap dan enak la...yay!
siapa yang hadir di malam itu:
Nak sebut sorang2 ramai jugak..so tak payah mention nama la ye..tapi semua hensem..semua cantik..yay!..kehadiran malam tu xramai sangat pon..huhu..ada yang datang dari jauh, dekat, dari KL, Kedah, Sarawak pon ada..yang dari perlis confirm la kan..walaupun xramai tapi cukup untuk memeriahkan majlis..cikgu kimia yang disayangi bersama anak beliau turut hadir..cikgu Anum dan Yunalis..dan beberapa kerat junior pon hadir..comel2 blaka..hehe..
hiburan larut malam :
Malam tu hiburan memang "fantastically awesome !!" (ada x perkataan english camtu?..huahua).. di mulakan dengan musicians yg x jemu2 dendangkan lagu-lagu indah semasa kami bersantap..memang high class!.. yang special malam tu......yunalis..a.ka..Y U N A..she's so talented..with her very nice and pleasant vocal, she totally mesmerized the audience that night..nice voice and nice songs..yay! bila sampai part yuna ni automatic jadi english..haha..yuna main beberapa lagu..kira banyak jugak la dan semua best..lagu oh bulan, Fariz Ishraq main lead..dia memang gempak..dan satu lagi artis iaitu sufian shauki..a.k.a Pian..dia main dua lagu..walaupun tak sempat habis, tapi memang macho la...huhu...abg buzz kita sebagai MC..mulut boleh tahan laser jugak MC kita ni..ramai juagk yang "kena" ngan dia..huhu..So, malam tu hiburan boleh dikatakan sangat berjaya la..yay!..
side activities :
Lucky draws..ramai yang lucky..huhu..sesi menyanyikan lagu sekolah..guys vs girls..sapa menang pon tak tau..semua sporting, tu yg penting..pastu..photo session..semua nak bergambar ngan Yuna..hehe..abg din kita jadi photographer..TV9 pon ada tau..hehe..
konklusinya :
Hopefully, in the future, akan ada lagi reunion kita ni..kita dapat mengerat kan hubungan silaturahim sesama kita sambil enjoy music dan susana yg best...and..thanx for all the memories.. Terima kasih kepada pencetus idea, Akmal yg bertungkus lumus memastikan reunion ini berjaya..buzz yg banyak jasanya..cikgu Anum yang sangat supportive..Yunalis, walaupun keesokan harinya ada show besar "puniaa"..dan semua kawan2 yang hadir..dan juga yang tidak dapat hadir.. terima kasih, salam..bye~




p/s : cikgu anum..i still remember your He, Ne, Ar, Kr..hehe

credit : Akmal, Buzz, CIkgu Anum, Yuna, Din, musicians, juniors yang tolong2, kawan2 kaum adam dan hawa..

**utk gambar tengok next post






Tuesday, December 22, 2009

Kotak Hati

kotak hati,
penuh warna-warni,
lebih seri dari pelangi,
pandang tampak keras,
keras macam gigi,
sentuh rasa lembut,
lembut seakan gusi,

mudah bibir berkata,
mudah telinga mendengar,
mudahkah hati menerima?

halwa terdengar cerita,
cerita dendangan teman,
raut mula berubah,
goyang kotak hati,
goncang kotak hati,

penyair pertama,
" kau cantas saja.. "
itu kau yang punya,
penyair kedua,
"kau buang saja.."
hidup ini kau yang punya,
tapi,
apa daya sang penyair,
kerjanya hanya bersyair,

mengatur kata..
itu makanan kita,
membentuk hati..
itu kerja dia..

kotak hati manusia,
isi dalamnya sulit,
yang tahu cuma Dia,
Dia yang maha mengetahui,
manusia hanya menduga,
manusia hanya mencuba.

kotak hati itu kau yang punya.

syatbi ( masa da xingat..hehe )

Lengkap

ada satu makhluk tuhan,
punya akal punya fikiran,
punya hati punya perasaan,
punya emosi punya pertimbangan.
makhluk itu namanya insan,
menjinjing akal yang satu,
memikul nafsu yang sembilan,
yang arabnya an-nisa,
yang melayunya perempuan.

cerita tentang satu perempuan,
bahasa lidahnya penuh sopan,
bahasa tubuhnya cukup mengasyikkan,
cukup asam cukup garam,
ramuan insan bernama perempuan.

rencana lima hari berterusan,
menunggu pagi menjadi petang,
menunggu bulan menunggu malam,
oh!aku girang melihat bulan.
sang perempuan lalu pulang,
tamat sudah tempoh kewajipan,
menatap penuh rindu,
melihat penuh sayu,
rautnya letih tubuhnya lesu.
oh kasihan.

wajah yang tak pernah menjemukan,
tidak sekali menghampakan,
dalam penat mengukir senyuman,
diukir penuh manis,
madu dan gula bukan tandingan,
semut hitam?
jeling saja tentu pengsan.

perempuan itu bukanlah sempurna,
tapi ubat bila duka,
penyejuk hati,
penyejuk mata,
bawa selesa,
bawa gembira,
cukup melengkapkan,
perempuan yang melengkapkan..
terima kasih.. wahai perempuan..

Lengkap; SyatBie (6.40 p.m. 25Jun2009)

Tuesday, December 1, 2009

karya lama..

sang teman.

karya penuh makna,
karya insan keliling kita,
karya layaknya utk sang teman,
sang temanku yg lama..

mataku yg dua melihat asyik,
segala sikap segala tingkah,
tapi,
beku lidahku,
kosong suaraku,
oh apa boleh buat,
sang teman itu teman ku yg lama...

hatiku yg satu puas melempar,
lemparan teguran juga tohmahan,
tapi,
bibirku terdiam,
hanya mampu diam,
oh apa boleh buat,
sang teman itu teman ku yg lama...

diam salah,
tak diam serba salah,
hanya harapanku tak sudah-sudah,
mengharap sang teman beranjak berubah...

syatbi, 11:36 a.m, 25/06/2009