Tuesday, January 19, 2010

oh tidak kau buat lagi

semalam hari cerah
sungguh indah
hari ini hujan lebat mencurah
kelam campur suram
semalam aku berdiri
boleh berlari
hari ini aku rebah
lutut menyentuh tanah

hati kau rapuh
oh tidak kau buat lagi

semalam pelakon utama
hari ini extra pun tiada
semalam hati berbunga
hari ini hati berbatu bata

hati kau rapuh
oh tidak
kau buat lagi

aku bermonolog musykil
semalam dengan hari ini
macam langit dengan bumi
barangkali
aku hanya org biasa
tapi
mustahil dia luarbiasa

hati kau rapuh
oh tidak
kau buat lagi

buang semua..
biar semalam pergi..
andai aku mahu berdiri..
andai aku mahu berlari..